Monday, 21 May 2018

APA ITU ASID?


Asid

Bahan yang mengandungi atom-atom hidrogen  yang mengion dalam air untuk menghasilkan ion hidrosium. Sebagai contoh:

Ion hidroksonium H3O+ ditulis sebagai H+(ak).

  • ·   Apabila gas hidrogen klorida dilarutkan dalam air, molekul hidrogen klorida (HCl) akan mengion untuk menghasilkan ion hydrogen (H+) dan ion klorida (Cl-).
  • ·     Ion hidrogen kemudiannya berpadu dengan air untuk membentuk ion hidroksonium. Larutan yang terbentuk disebut asid hidroklorik (hydrochloric acid).

Asid adalah penderma proton apabila ianya larut dalam air kerana ion hidrogen hanya mempunyai satu proton.

Contoh asid:


  • Kebesan (basicity) sesuatu asid ialah bilangan atom hidrogen dalam setiap molekul asid yang mengion dalam larutan akueusnya (aqueous) untuk menghasilkan ion hidrogen (hydrogen ions).
  • Asid dengan setiap molekulnya mengion dalam larutan akueus untuk menghasilkan satu ion hidrogen disebut sebagai asid monobes dan kebesan (basicity) asid ini adalah satu.

  • Asid dengan setiap molekulnya mengion dalam larutan akueus untuk menghasilkan dua ion hidrogen disebut asid dwibes dan kebesan (basicity) asid ini adalah dua.
       

Kebesan (basicity) bagi beberapa asid yang tertentu:




Asid yang digunakan dalam kehidupan seharian:


Peranan asid dalam menunjukkan sifat asid:

Apabila sesuatu asid dilarutkan dalam air, penceraian molekul asid menghasilkan ion hidroksonium. Kehadiran ion hidroksonium dalam larutan akueus menyebabkan larutan ini menunjukkan sifat asidnya. Tanpa kehadiran air, sesuatu asid tulen yang kering tidak menunjukkan sifat asid kerana ion hidroksonium tidak wujud.

Sifat asid:

  • ·         Rasa masam
  • ·         pH kurang daripada 7 ( <7)
  • ·         akueus asid menukarkan kertas litmus biru kepada merah.
  • ·         Akueus asid: bertindak balas dengan logam yang lebih elektropositif daripada hidrogen untuk menghasilkan gas hidrogen.


Apabila:
  •     Asid hidroklorik cair bertindak balas dengan magnesium untuk membebaskan gas hidrogen.

  •       Larutan akueus asid bertindak balas dengan karbonat logam untuk menghasilkan gas karbon dioksida. Contohnya:



CaCO3 (p) + 2HNO3 (ak) ------>  Ca (NO3)2(ak) + H2O(ce) + CO2(g)

  •       Akueus asid bertindak balas dengan bes untuk menghasilkan garam dan air sahaja (tidak balas peneutralan). Contohnya:


HCl(ak) + NaOH(ak) -------> NaCl(ak) + H2O (ce)



No comments:

Post a Comment