Asid
Bahan yang mengandungi
atom-atom hidrogen yang mengion dalam air untuk menghasilkan ion
hidrosium. Sebagai contoh:
Ion
hidroksonium H3O+ ditulis sebagai H+(ak).
- · Apabila gas hidrogen klorida dilarutkan
dalam air, molekul hidrogen klorida (HCl)
akan mengion untuk menghasilkan ion hydrogen (H+) dan ion klorida (Cl-).
- · Ion hidrogen kemudiannya berpadu dengan
air untuk membentuk ion hidroksonium. Larutan yang terbentuk disebut asid
hidroklorik (hydrochloric acid).
Asid
adalah penderma proton apabila ianya larut dalam air kerana ion hidrogen hanya
mempunyai satu proton.
Contoh asid:
- Kebesan (basicity) sesuatu asid ialah
bilangan atom hidrogen dalam setiap molekul asid yang mengion dalam larutan
akueusnya (aqueous) untuk menghasilkan ion hidrogen (hydrogen ions).
- Asid dengan setiap molekulnya mengion
dalam larutan akueus untuk menghasilkan satu ion hidrogen disebut sebagai asid
monobes dan kebesan (basicity) asid ini adalah satu.
- Asid dengan setiap molekulnya mengion
dalam larutan akueus untuk menghasilkan dua ion hidrogen disebut asid dwibes
dan kebesan (basicity) asid ini adalah dua.
Kebesan (basicity) bagi beberapa
asid yang tertentu:
Asid yang digunakan dalam kehidupan
seharian:
Peranan asid dalam menunjukkan
sifat asid:
Apabila
sesuatu asid dilarutkan dalam air, penceraian molekul asid menghasilkan ion
hidroksonium. Kehadiran ion hidroksonium dalam larutan akueus menyebabkan
larutan ini menunjukkan sifat asidnya. Tanpa kehadiran air, sesuatu asid tulen
yang kering tidak menunjukkan sifat asid kerana ion hidroksonium tidak wujud.
Sifat asid:
- ·
Rasa masam
- ·
pH kurang daripada 7 ( <7)
- ·
akueus asid menukarkan kertas litmus biru kepada merah.
- ·
Akueus asid: bertindak balas dengan
logam yang lebih elektropositif daripada hidrogen untuk menghasilkan gas hidrogen.
Apabila:
- Asid
hidroklorik cair bertindak balas dengan magnesium untuk membebaskan gas hidrogen.
- Larutan
akueus asid bertindak balas dengan karbonat logam untuk menghasilkan gas karbon dioksida. Contohnya:
CaCO3
(p) + 2HNO3 (ak) ------> Ca (NO3)2(ak) + H2O(ce)
+ CO2(g)
- Akueus
asid bertindak balas dengan bes untuk menghasilkan garam dan air sahaja (tidak
balas peneutralan). Contohnya:
HCl(ak)
+ NaOH(ak) -------> NaCl(ak) + H2O (ce)